Piagam Pelanggan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, kami guru–guru dan kakitangan SMK Tinggi Perempuan Melaka berjanji akan:

 

1.   Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang yang adil dan saksama untuk semua murid.

2.   Memberi layanan yang mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan komuniti.

3.   Bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

4.   Menyegerakan semua tugas dengan mengambil kira perkhidmatan berkualiti diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan.

5.   Mengamalkan sistem bestari dalam pengurusan data, tepat dan boleh diakses bila diperlukan.

6.   Membudayakan budaya penyayang dan prihatin pada murid dan warga sekolah

7.   Menjalin hubungan pintar dengan mengadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah serta IPTA dan IPTS untuk kecemerlangan sekolah

8.   Menghargai masa dalam setiap pengurusan dengan meminimumkan masa yang diambil dalam setiap tindakan.

9.   Mengamalkan TQM (Total Quality Management).

10. Mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan .